BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 23 November 2009

Surat Akuan Janji


Surat Akuan Janji akan dikeluarkan kepada semua AJK MPQ KUIS bagi melaksanakan tugas di qaryah masing-masing

Warkah YDP


Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pentadbir agung seisi alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para pejuang Baginda.

Dengan moto kami "kami dengar kami perihatin" dan tanpa memihak mana-mana organisasi kami sedia membantu masalah kebajikan mahasiswa dalam keadaan yang lebih rasional ke arah matlamat hidup iaitu belajar.

kami dari Majlis Perwakilan Qaryah (KUIS) dalam membantu pentadbiran serta fellow-fellow akan berusaha untuk merealisasikan ummah setiap muslim.

Bagi mahasiswa KUIS, penghayatan terhadap nilai-nilai integriti ini seperti menepati masa, jujur dan sebagainya. Sebaliknya, nilai sahsiah dan integriti terbaik harus diperbaharui dan dipertingkatkan saban hari, kerana umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Kita selaku kelompok mahasiswa Islam harus menerapkan prinsip dan kaedah yang ditunjuki oleh Rasulullah S.A.W. sebagai panduan integriti yang paling kukuh. Hal tersebut sudah pun terbukti dan terakam dalam lipatan sejarah. Rasulullah S.A.W. telah berjaya membentuk manusia yang memiliki integriti dan akauntabiliti seperti yang ditonjolkan oleh sahabat-sahabat Baginda sehingga berjaya menyebarkan syiar Islam ke serata dunia.

Kami mengharap sokongan rakan-rakan untuk membantu kami dalam apa jua masalah yang berada di qaryah siswa serta siswi

semoga dengan ucapan ini Allah merahmati perjuangan kami semua..

YDP MTPQ/MPQ 08/09
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR